Thursday, July 22, 2021

Mulakan Perniagaan Anda

 Jika anda merancang untuk melakukan perniagaan, anda perlu melakukan beberapa perkara asas terlebih. Jangan terus melompat ke langkah untuk mendaftarkan perniagaan anda.

Mula-mula, anda perlu kenal pasti, apakah jenis perniagaan yang anda ingin lakukan. Saya sangat menggalakkan untuk anda, melakukan perniagaan berdasarkan minat anda. Jika anda minat burger, buatlah perniagaan buat burger. 

Jika minat perniagaan jenis runcit, cubalah buat secara kecil-kecilan terlebih dahulu. 

Pastikan bajet anda mencukupi. Kalau mempunyai bajet kecil, buatlah perancangan, berdasarkan bajet anda. Jangan ikut bajet orang lain. Elakkan perniagaan yang memerlukan anda terpaksa gaji pekerja pada jumlah yang besar, jika anda hanya ada bajet RM500 sahaja.

Jika anda berminat untuk buat perniagaan seperti dropship atau agen perniagaan, sila pastikan perniagaan tersebut mempunyai nilai pemasaran yang tinggi. Ini untuk mengelakkan anda mengalami kerugian yang teruk.

Menjadi agen perniagaan yang anda serius untuk laksanakan, sebenarnya lebih menguntungkan. Lebih-lebih lagi jika kos pendaftaran yang rendah, syarikat yang menawarkan tersebut sudah lama bertapak di Malaysia dan sangat dipercayai ramai, syarikat tersebut tidak mengeluarkan produk yang mengandungi bahan bahaya kepada manusia dan syarikat tersebut akan bertanggunggjawab jika ada apa-apa berlaku kepada pelanggan mereka. 

Jika tidak, anda akan terpaksa menanggung risiko, jika produk yang diperbuat oleh syarikat jualan tersebut adalah merbahaya sehingga menjadi satu kes di mahkamah. Bukan sahaja, risiko untuk orang hilang kepercayaan kepada anda, bahkan anda berisiko untuk kehilangan wang.



Fatimah


Mulakan Perniagaan Anda

 Jika anda merancang untuk melakukan perniagaan, anda perlu melakukan beberapa perkara asas terlebih. Jangan terus melompat ke langkah untuk...